Followers

Sunday, January 31, 2010

Teman Yang Paling Baik.

Dari Ibnu Abas r.a berkata, Rasulullah ditanya : Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah menjawab, "Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalanya." ( Hadis riwayat: Imam Abdu bin Humaid)

Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata: Dari Nabi SAW , Baginda bersabda : "Janganlah kamu berteman, kecuali dengan orang mukmin, dan jangan pula memakan makananmu kecuali dengan orang yang bertaqwa." (Hadis riwayat , Abu Daud, at Tirmizi, Ahmad dan Add-Darimi)





Monday, January 25, 2010

Ibadat Yang Tidak Sempurna

Ibnu Abbas mengatakan, ada 3 ayat di dalam al-Quran yang berpasangan di antara satu dengan yang lainnya. Tanpa ada pasangannya, maka akan cacatlah (tidak sempurna) ibadat seseorang itu.

1) Firman Allah, Taatlah Allah dan taatlah Rasulullah. Maka barangsiapa taat Allah sahaja, tidak taat kepada Rasul, maka tidak akan diterima amalannya.

2) Firman Allah, Dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Maka barangsiapa yang solat sahaja, tetapi tidak berzakat maka ibadatnya tidak akan diterima.

3) Firman Allah, Hendaklah bersyukur kepada Ku, dan kepada kedua ibu-bapa mu. Maka barangsiapa bersyukur kepada Allah dan tidak bersyukur kepada kedua ibubapanya, nescaya tidak diterima amalan dan ibadahnya. Dan kerana inilah Nabi saw bersabda, Redha Allah pada redha kedua ibu-bapanya, dan kemurkaan Allah pada kemurkaan kedua ibu bapanya..

Wallahu a'lam..







Thursday, January 14, 2010

Persamaan Darjat dan Keturunan Di Dalam Islam

Marilah kita bersyukur kepada Allah, bahawa kita ini ditakdirkan olehnya sebagai orang Islam. Islam adalah agama benar yang diredha oleh Allah, dan kita disuruh taat kepada apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarangnnya.


Tersebutlah sesuatu kisah yang terjadi pada masa Khalifah umar Ibnul-Khattab. Seorang raja terakhir dari kerajaan Ghassasinah yang bernama Jabalah Ibnul Aiham. Sesudah ia menganut agama Islam, dia datang ke Mekkah untuk mengerjakan tawaf keliling Kaabah dalam rangka melaksanakan ibadah haji.


Sewaktu mengerjakan ibadah tawaf itu tiba-tiba, hujung kainnya dengan tidak sengaja terpijak oleh seorang Arab Dusun yakni Badwi. Jabalah melihat ke belakang dengan sangat marah, lalu ditamparnya orang Arab Dusun itu dengan kerasnya. kejadian itu akhirnya diketahui oleh Khalifah Umar, yang kemudian menjatuhkan hukuman.


Orang Arab Dusun itu diberi peluang untuk membalas. Tampar dibalas dengan tampar. Ketika Jabalah menolak hukuman itu, kerana dia adalah seorang raja, sedangkan orang Arab Dusun itu hanya rakyat jelata, Khalifah Umar dengan tegas menjawab: “ Islam telah menyamakan darjat di antara kamu berdua.”


Pada masa hayat rasulullah s.a.w, pernah terjadi pula peristiwa yang hampir sama. Seorang yang bernama Abu Zar Al-Giffari yang sedang berbincang dengan orang negro

di hadapan Rasulullah. Perbicaraan antara keduanya, rupanya semakin panas sehingga Abu Zar mengeluarkan kata-kata ‘ ya-bna-saudaa,’ yang bermaksud; Hai anak keturunan kulit hitam..

Maka ketika itu juga Rasulullah memandang Abu Zar sambil berkata ;

طف الصاع! طف الصاع! ليس لابن البيضاء علي ابن السؤداء فضلا الا بعمل صالح

Ertinya; ‘’ keterlaluan, keterlaluan..tidak ada kelebihan kulit putih atas keturunan kulit hitam kecuali dengan amal yang soleh.’’


Belum lagi selesai Rasulullah mengucapkan kata-katanya ini, Abu Zar dengan sekelip mata telah turun dari singgahsana keangkuhnnya ke suasana persamaan darjat. Maka Abu zar letakkan pipinya ke atas tanah, dan berkatalah ia kepada hamba negro itu dan berkata, " berdirilah saudaraku dan pijaklah pipiku.’’


Demikianlah dua kejadian yang masing-masing terjadi pada masa Khalifah Umar dan masa hayat nabi ini . Dua kejadian ini menunjukkan bahawa keangkuhan dan kesombongan, suatu perbuatan yang tidak dapat dibenarkan oleh Islam. Dalam peristiwa ini dicontohkan, keangkuhan yang timbul kerana orang merasa dirinya lebih tinggi dari orang lain kerana kekuasaan yang ada padanya, jawatan atau kedudukan.


Dalam hubungan ini, pertama sekali perlu kita ingat ialah, prinsip persamaan yang diajarkan oleh Islam. Prinsip persamaan ini harus dijunjung tinggi oleh umat Islam dan tidak boleh digangu gugat oleh adanya perasaan-perasaan yang dirinya lebih tinggi dari orang lain kerana faktor kekayaan, kedudukan, keturunan, kepandaian dan kecantikan dan lain-lainnya. Islam telah menanamkan ajaran persamaan ini, umpamanya dalam ibadah haji.


Dalam melaksanakan ibadah haji, ada kewajipan mengenakan pakaian ihram, yang terdiri dari kain putih bersih tanpa jahitan. Maka, kaum muslimin dari mana penjuru dunia pun, tidak peduli dari bangsa apa pun, kulit hitam atau putih, lelaki atau wanita, dalam ibadah haji itu diwajibkan memakai pakaian ihram.


Juga, tidak peduli walaupun mereka yang berpangkat presiden, menteri, kaya atau miskin dan sebagainya. Ketika itu mereka wajib menanggalkan pakaian kebesaran dan segala macam bintang dan tanda pangkat, untuk diganti dengan pakaian yang sangat sederhana dan seragam dengan orang lain, iaitu putih bersih tanpa jahitan.


Ketika itu tidak ada perbezaan antara kulit hitam dan kulit putih, antara yang berpangkat dan yang tidak. Ketika itu yang ada hanyalah hamba Allah yang daif dihadapan keagungan dan kebesaran Allah. Mereka semuanya sama dalam pandangan Allah. Firman Allah:

يايها الناس اناس انا حلقنكم من ذكر وانثي وجعلنكم شعوبا وقبا ئل لتعارفواج ان اكرمكم عند الله اتقكمج ان لله عليم حبير ﴿31﴾

Ertinya: wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam pandangan Allah ialah mereka yang paling takwa diantara kamu (Al-Hujurat;13)


KETELADANAN RASULULLAH S.A.W.


Contoh teladan yang baik mengenai hal ini, dapat kita lihat dalam diri Rasulullah sendiri. Di tangan Rasulullah ada dua kekuasaan iaitu, kekuasaan keagamaan dan kekuasaan keduniaan. Tetapi baginda dengan sifat yang tawaduk, enggan menunjukkan diri beliau sebagai seorang sultan, seorang raja atau kepala Negara.


Pernah baginda berkata kepada sahabat-sahabatnya; " janganlah memuji-muji dan menyanjung-nyanjungku, seperti halnya orang Nasrani menyanjung-nyanjung Isa Ibnu Maryam, sebab aku ini bukan lain hanyalah hamba Allah dan rasulnya.’’


Pada suatu hari, Rasulullah mendatangi sekumpulan sahabat-sahabatnya dengan memakai tongkat. Ketika para sahabat itu berdiri kerana kedatangnya itu, beliau berkata kepada mereka; ‘’ Tak payah kamu berdiri seperti orang-orang asing berdiri, sebahagian dari mereka memuliakan sebahagian yang lain.’’


Dalam pada itu, jika Rasulullah menghadiri majlis sahabat-sahabatnya, beliau memilih duduk di mana sahaja tanpa memilih tempat. Beliau sering pula bergurau dengan sahabat-sahabatnya, bergaul dan bercakap-cakap, serta bersenda gurau dengan anak-anak mereka dan memeluknya di pangkuan beliau. Beliau memenuhi undangan orang biasa dan hamba sahaya.

Beliau mengunjungi orang-orang sakit yang jauh di luar kota dan memaafkan orang yang minta maaf.


Beliau lebih dulu memberi salam kepada orang yang dijumpainya, dan beliau pula lebih dulu menghulurkan tangan kepada sahabat-sahabatnya untuk bersalaman. Jika ada orang mahu menghadap beliau padahal beliau sedang bersolat, beliau mempercepat solatnya lalu beliau bertanya ada hajat apa tamunya itu.

Beliaulah orang yang memiliki jiwa paling baik dan suci di antara manusia, dan paling banyak tersenyum, kecuali saat turunnya wahyu dan saat memberi nasihat dan pada waktu berkhutbah. Kemudian apabila dirumah, beliau sendiri yang menjahit pakaiannya, memerah susu kambingnya, menjahit kasutnya, menguruskan dirinya sendiri dan menambatkan untanya. Beliau makan bersama-sama khadamnya. Beliau selalu melayani hajat orang-orang yang lemah, orang –orang yang dalam kesukaran dan orang-orang miskin.


Rasulullah juga sangat suka merendahkan diri dan menjauhui dari sifat-sifat angkuh dan sombong.


Semoga kita dapat meneladani sifat-sifat baginda ini, agar kita sekalian dapat membimbing diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat serta negara tercinta, menuju keredhaan ALLAH...

Monday, January 11, 2010

4 Perkara Penting

Di hari kiamat, setiap hamba Allah tidak akan mengorak langkah walaupun setapak ke mana-mana, selagi ia belum ditanya tentang 4 perkara penting ini :

1) Tentang umurnya, ke mana ia dipergunakan ?

2) Tentang masa mudanya, bagaimana ia menghadapinya ?

3) Tentang harta, dari mana ia diperolehi dan ke mana serta bagaimana
ia membelanjakannya ?

4) Tentang Ilmunya, apakah ia telah beramal dengannya ?

Hadis Riwayat Tirmizi dan Darami


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini








Tuesday, December 22, 2009

Sifat Amanah

Perkataan amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan. Dengan kata-kata lain, ia bererti : menyampai atau melaksanakan mandat atau tugas menurut kebenaran atau lunas-lunas yang digariskan tanpa menyeleweng atau mengikut kehendak selera sendiri. Ia adalah sifat kedua yang wajib ada pada setiap para rasul selepas sifit Sidiq (benar)

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud :
" Sembahyang itu amanah, wuduk itu suatu amanah, timbangan itu suatu amanah dan sukatan itu suatu amanah. Dan beberapa perkara termasuk amanah dan yang paling berat ialah pertaruhan."
Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi

" Amanah itu suatu kekayaan" .

Hadis ini bermaksud bahawa keadaan seseorang itu apabila dia dikenal dengan sifat amanah, maka ramailah orang yang akan membuat hubungan dengannya dan di kala itu dia akan menjadi senang dan kaya.

" Amanah itu menarikkan rezeki, sedangkan khianat itu menarikkan kepapaan".
Dalam hadis sepakat Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah menyifatkan orang yang tiada amanh itu sebagai munafiq.

Amanah itu sangat besar ertinya dalam perusahaan dan perniagaan, di mana dengan wujud amanahlah maka sesuatu perniagaan atau syarikat (firma) mula dilancarkan dan dengan amanah juga maka dia boleh bertahan lama dan seterusnya maju dan berjaya.

Seterusnya, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada sebuah hadis al-Qudsi di mana Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya, Allah telah berfirman: " Aku menjadi (orang) ketiga pada dua orang yang bersyarikat selama salah seorangnya tidak berkhianat. Maka apabila seorangnya berkhianat, maka Aku pun keluar daripada keduanya ( tidak akan lagi membantunya )."

Muadz bin Jabal r.a memberitakan Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya sebagus-bagus usaha itu ialah usaha para peniaga (usahawan) dimana, Apabila bercakap mereka tidak berdusta, apabila mereka diamanahkan, mereka tidak khianati, apabila mereka berjanji, mereka tidak mungkiri, apabila mereka membeli, mereka tidak mencela (barangan, sebagai helah menurunkan harga ) apabila mereka menjual, mereka tidaklah memuji, apabila mereka menanggung hutang, mereka tidak menangguh (untuk membayarnya), dan apabila mereka memberi hutang, mereka tidak menyusahkan (menagih kekerasan )."
Hadis Riwayat al-Baihaqi dan as-Sayuti dalam al-Jami'asshaghir.


Tuesday, December 1, 2009

Mengenali Sifat Siddiq (Benar)

Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya yang suci murni di mana ia disebut siddiq, amanah, tabligh (menyampaikan), fatanah (kebijaksanaan).

Sebenarnya kita umat Islam telah pun mengenali dan mempelajari sifat-sifat ini sejak di bangku sekolah lagi, akan tetapi antara kita yang lemah tidak dapat mengamalkan sifat benar ini sepenuhnya. Mungkin terdapat salah faham tentang hal ini dengan mengatakan hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang wajib atau perlu memiliki sifat-sifat ini. Manakala orang lain (umatnya) tidak perlu.

Sebenarnya, selain tabligh (menyampaikan ajaran Ilahi), tiga sifat itu adalah perlu dimiliki umatnya dalam melaksanakan ajaran Islam dan menghayati kehidupan di dunia ini.

Disamping itu, ada pula orang yang berkata :

" Benar itu adalah perhiasan para wali (kekasih Allah)''

" Iman itu asasnya ialah benar, sedang kepuraan itu asasnya dusta (bohong), maka tidaklah akan bersua antara dusta dan iman melainkan salah satunya mengusir yang lain."

Benar itu mempunyai 5 martabatnya iaitu :-
1. Benar pada kata-kata atau ucapan
2. Benar pada niat dan kehendak (menurut syarak)
3. Benar pada melaksanakan cita-cita (selari dengan keredhaan Allah)
4. Benar pada amalan (zahir dan batin mengikut syarak)
5. Benar pada merealisasikan kemuliaan amalan agama seluruhnya. Inilah martabat tertinggi seperti benar pada sifat takut, harap, membesarkan Allah, benar pada zuhud (hidup sederhana), redha, kasih, tawakal dan sebagainya.

Justeru, kita mendapati Saidatina Aisyah r.a pernah bertanya Nabi saw dengan pertanyaan yang bermaksud : " Apakah sifat yang dapat dikenali seseorang mukmin (yang beriman) ?

Rasulullah saw menjawab yang bermaksud :
" Ialah dengan ketetapan (ketenangan) hatinya, kelunakan pertuturannya dan kebenaran ucapannya."

Kebenaran yang sebenarnya sungguh dapat membuahkan kesan yang berfaedah sampai ke akhirat, sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :
" Siapa memohon pada Allah SWT akan mati syahid dengan benar (sungguh-sungguh), maka Allah akan menyampaikan dia kepada kedudukan para syuhada, sekalipun dia mati di atas hamparannya (dirumah)."

Sunday, November 15, 2009

Hadis Berkaitan Hari Qiamat

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah berfirman..Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat. (Surah Azzumar : 68).

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Sahih Muslim

dalam Hadis lain, riwayat Sahal bin Saad ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, manusia dikumpulkan di tengah padang berwarna putih agak kemerahan seperti roti panggang di mana tidak ada bangunan tempat tinggal bagi seorang pun.


Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat al quran dan hadis-hadis yang menggambarkan tentang hari kiamat ni.

Marilah kita renungkan hadis-hadis di bawah ini sebagai pengajaran...

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun di tiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."

Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda:


"Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan.
" Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."


Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail, Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t. lebih mengetahui.

Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.

Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t. bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.: " Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu: "kullu nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah engkau." Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu makhluk lain masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan Malaikulmaut itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan roh itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh orang mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupun dari makhluk Allah s.w.t.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil mulkil yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."

Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il, Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit melihat keadaan.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan menyuruh langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi, kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam dengan isinya sehinggalah merupakan tujuh barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya, sehingga penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya ma'syaral jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal ardhi fan fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan didalamnya kebaikan, hendaklah mengucapkan : Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman:

Tidak Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang telah diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."

Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud) Disini kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya. Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh sekiranya aku .menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara semua hambaNya.


Sudah cukupkah amalan kita untuk menghadapi dunia yang penuh dengan fitnah dan hasutan syaitan, dunia akhir zaman ini..?

Allahuakbar!! wallahua'lam