Islam adalah agama yang mengiktiraf fitrah kejadian manusia, kerana itulah di dalam beberapa perkara asas penetapan hukum Islam membenarkan penggunaan aqal fikiran yang berlandaskan dalil am daripada dua sumber Al- Quran dan Hadis yang dinamakan ijtihad.
Begitu juga adat kebiasaan yang tidak berlawanan dengan dalil-dalil am dan terhindar perkara tersebut daripada perkara-perkara yang dilarang oleh syarak adalah dibenarkan, yang kita namakan sebagai istilah feqah 'العادة محكمة'. Dan oleh kerana Islam mengiktiraf fitrah manusia lah lantaran itu, Islam mengiktiraf perkahwinan sebagai satu ibadah dan jalan menyalurkan naluri keinginan seks kepada tempat yang mendapat keredhaan Allah swt. Tidak sebagaimana agama kristian yang menilai perkahwinan sebagai sesuatu yang menjijikkan, kerana itulah paderi-paderi mereka tidak berkahwin. Lantaran itu berlakunya beberapa kes pencabulan dan rogol dikalangan paderi sendiri.
Rasulullah Menegaskan kepada umatnya dengan sabdanya لا رهبانيية فى الاسلام artinya, tiada diterima pengasingan ( iaitu tidak berkahwin dalam Islam ).
Apabila berkahwinnya seorang itu, syaitan menangis dukacita kerana tertutuplah satu peluang bagi syaitan untuk menggoda anak Adam supaya terjebak dengan maksiat. Rasulullah juga pernah bersabda maksudnya, apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh daripada agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan Taqwa. Dan kerana itulah disyariatkan perkahwinan.
Perkahwinan mengandungi beberapa hikmah antaranya ialah :-
1) Perkahwinan memberi ketenangan hidup kasih sayang dan rahmat dari yang Maha Esa. Firman Allah swt dalam Al-Quranul Karim:
ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة ان فى ذالك لاءايات لقوم يتفكرون- الروم 21
Maksudnya : Sebahagian daripada tanda- tanda kebesaran Allah bahawa ia menjadikan bagi diri kamu pasangan supaya kamu dapat hidup harmoni disampingnya dan allah menjadikan dengan sebabnya kasih sayang dan rahmat sesunguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang berfikir
2) Memelihara kesuciaan diri . Dengan perkahwinan juga dapat menghindari daripada penyakit kelamin seperti Aids dan HIV. Sebagimana kita tahu, penyakit tersebut adalah hasil daripada perbuatan sumbang yang dilaknat Allah.
Selain itu, setiap satu titisan air daripada mandi janabah akan diberi pahala 10 hasanah dan menghapuskan sepuluh kejahatan.
3) Perkahwinan adalah salah satu tuntutan syarak. Barang siapa yang menentang konsep perkahwinan, ia dikira bukan daripada umat Nabi Muhammad saw.
النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى
4) Perkahwinan juga disyariatkan untuk menjaga keturunan. Dengan perkahwinan lahirnya zuriat yang sah disisi Allah seterusnya berkembang biak kepada anak , cucu dan seterusnya menjadi satu masyarakat. Anak yang dilahirkan dengan proses perkahwinan yang sah daripada darah daging ibu dan ayahnya yang sah, maka nasab anak tersebut boleh dihubungkan dengan bapanya dan seterusnya hukum pusaka dan mempusakai dapat dilaksanakan di antara anak dan ayahnya.
والله جعل لكم من انفسكم ازواجا وجعل لكم من ازواجكم بنين وحفدة ورزقكم من الطيبات
Artinya : Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi mu dari isteri- isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki dari yang baik-baik - Annahli 72
5) Dengan perkahwinan juga, dapat menghubungkan kerjasama dan tangunggjawab di antara pasangan suami isteri dalam melayar bahtera kehidupan rumah tangga lebih- lebih lagi apabila mereka telah dikurniakan anak. Maka sikap bertanggungjawab dan bekerjasama sangat dituntut untuk melahirkan keluarga yang harmoni.
Allah Taala memberi ungkapan yang sangat simbolik untuk menggambarkaan hubungan yang rapat diantara suami dan isteri dengan firmannya,
هن لباس لكم وانتم لباس لهن
Ertinya, Para isteri menjadi pakaian bagi suami dan bagi suami menjadi pakaian bagi isteri - al- Baqarah 187
6) Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam dan menambahkan kekeluargaan di dalam Islam.
Apabila berkahwinnya seseorang anak Adam, maka jika sebelumnya dia hanya mempunyai seorang ibu dan seorang ayah sahaja, namun dengan berkahwin dia dapat dua ibu dan dua orang ayah. Dia juga dapat menambahkan saudara mara dari kalangan keluarga sebelah suami atau keluarga sebelah isteri. Ini secara tidak langsung mengeratkan lagi asas konsep persaudaraan di dalam Islam yang telah sedia wujud.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw, انما المؤمنون اخوة
Namun, kebahagian yang diimpikan terkadang hilang sekelip mata. Perkahwinan tidak bertahan lama dan penceraian pula menjadi pilihan. Ini menjadi suatu babak ngeri bagi kehidupan seorang insan. Dengan hadis Rasululah ini sudah cukup menggambarkan kepada kita, penceraian bukanlah perkara yang digalakkan dalam Islam.
Sabda rasululah saw ابغض الحلال الى الله االطلاق
Statistik yang dikeluarkan oleh Jakim adalah sangat mengejutkan kita. Pada tahun 2007 sahaja sebanyak 20, 259 kes penceraian telah berlaku diseluruh Malaysia. Ini bererti, bagi tempoh sehari sahaja sebanyak 56 kes penceraian berbanding dengan perkahwinan sebanyak 359 perkahwinan yang dicatatkan.
Dikatakan antara sebab berlakunya perrceraian ialah pasangan yang tidak serasi , kecurangan pasangan, isteri yang tidak dapat menerima hakikat suami mahu berpoligami , kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan , masalah kesihatan pasangan termasuklah kesuburan , suami isteri bermain kayu tiga , masalah hutang banyak terutamanya yang melibatkan 'along', masaalah ekonomi , tekanan di tempat kerja, serta kurang didikan Agama dan lain-lain.
Malahan ada kes yang mana pasangan ini berkenalan dan bercinta selama tujuh tahun tetapi bercerai tidak sampai tujuh bulan setelah mereka melangsungkan perkahwinan. Apakah boleh diterima, alasan muda mudi sekarang berkenalan dan bercinta sakan untuk mengenali pasangan masing-masing dapat menjamin keutuhan institusi kekeluargaan ?
Al- quran ada menggariskan kaedah bagi pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga agar tidak membuat keputusan terburu nafsu yang akhirnya mengundang penderitaan terutamaanya anak- anak yang masih mentah meniti penghidupan. Firman Allah swt
وان خفتم شقاق بيينهما فابعثوا حكما من اهله وحكما من اهلها ان يريدا اصلاحا يوفق الله بينهما ان الله كان عليما خبيرا
Artinya : dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan diantara keduanya , maka kirimlah seorang pendamai bagi pihak suami dan seorang pendamai juga bagi pihak isteri jika kedua orang hakim itu bermaksud mengadakan pembaikan nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu yakni untuk berdamai . Sesunguhnya Alah swt amat mengetahui lagi maha mengenal - surah annisa ayat 35
Rentenan daripada penceraiaan kedua ibu bapa, ianya akan berjangkit kepada anak- anak. Oleh kerana kurang perhatian dan masalah kekeluargaan, ia akan menjadi salah satu penyebab bertambahnya gejala sosial khususnya para remaja yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang telah bercerai berai.
Good blog! You have described in a nice way.
ReplyDeleteThanks for sharing this information.
2d props