Followers

Monday, June 4, 2012

BERHATI-HATILAH KAMU..

Berikut adalah hadis daripada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw yang memberi peringatan berkaitan penyimpangan akidah, kerosakan moral dan keburukan dalam muamalah.. Hadis-hadis ini juga mencegah kita daripada melakukan kemungkaran dan memperingatkan kita dari kerosakan dan memalingkan kita dari akhlak yang rosak.. Mari kita kongsikan bersama..

1.  Hati-hatilah kamu, jangan sampai berdusta kerana sesungguhnya dusta itu menyampingkan iman. 
     (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabus-Sunan)

2.  Hati-hatilah kamu, jangan sampai banyak bersumpah dalam jual-beli kerana ia akan medorong bersikap munafik, kemudian membinasakannya.    ( H.R Muslim dan Ahmad )

3. Hati-hatilah kamu, jangan sampai syak wasangka kerana sesungguhnya syak wasangka itu adalah perkataan dusta. Janganlah kamu saling cari mencari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang. Jangan saling menyaingi. Jangan saling mendengki. Jangan saling marah. Jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah. Dan janganlah salah seorang daripada kamu meminang wanita yang telah dipinang orang, sehingga ia menikahinya atau meninggalkannya.    (Muttafaq Alaih) 

4. Hati-hatilah kamu, jangan sampai banyak tertawa kerana sesungguhnya tertawa itu mematikan hati dan menghilangkan sinar penduduk syurga.      ( H.R Ibnu Majah) 

5. Hati-hatilah kamu, jangan sampai mengenakan pakaian orang-orang yang bukan beragama Islam.
     (H.R Ibnu Hibban)

6.  Hati-hatilah kamu, jangan mendekati teman yang jahat kerana sesungguhnya dengannya itu kamu akan         diketahui (dikenali)..   ( H.R Ibnu 'Asakir)

7.  Hati-hatilah kamu, jangan sampai bersifat kikir. Kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa adalah kerana kikir. Mereka diperintahkan untuk bersifat kikir, maka kikirlah mereka . Mereka diperintahkan untuk memutuskan silaturrahim, maka mereka memutuskannya . Dan mereka diperintahkan untuk berbuat derhaka, maka mereka melaksanakannya .    (H.R Abu Daud dan Al-Hakim)