Followers

Friday, February 17, 2012

10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA


10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri - mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur - membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir - tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) - menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) - membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) - menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) - berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw - bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT - mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Thursday, February 16, 2012

Hadis Berkaitan Anak Soleh dan wanita

1. Bab 'amal selepas mati


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim

2. berbuat baik dengan ibu berlainan agama

Dari Asma binti Abu Bakar r.a. katannya :
"Ibu saya datang kepada saya dan dia seorang musyrik diwaktu kaum Qureisy
mengadakan perjanjian damai dengan Nabi. Lalu saya meminta keputusan kepada Rasulullah s.a.w.
dan mengatakan : "Ya Rasulullah s.a.w. ! Ibu saya datang, dia ingin hendak bertemu dengan saya.
Bolehkah saya mengadakan hubungan dengan ibu saya?
Nabi s.a.w. menjawab: "Ya Boleh! Hubungilah ibumu."
Hadis sahih riwayat Muslim

3. bersedekah untuk ibu yang meninggal

Dari Aisyah r.a. (menceritakan)
"Bahawa ada seorang lelaki menemui Nabi .s.a.w. dan menanyakan : "Ya Rasulullah!
Sesungguhnya ibu saya meninggal dengan tiba-tiba dan dia tiada berwasiat.
Saya menduga kalau dia bisa berbicara tentu dia akan bersedekah.
Apakah dia akan memperoleh pahala, kalau saya menggantikannya?"
Nabi menjawab : "Ya (memperolehi pahala)".
Hadis sahih riwayat Muslim


Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun,
kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.
Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah,
apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami,
dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama
yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"
Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah
kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki,
dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan
Ramadhan , inilah maksud kurang agama".

Hadis sahih riwayat Muslim


Bab wanita yang solehah

Dari Abdullah b Amru katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :


Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik
ialah wanita yang solehah
Hadis sahih riwayat Muslim


mendidik wanita dengan hikmah.

Dari Abu Hurairah r.a. Katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya kaum wanita itu bagai tulang rusuk.
Kalau engkau berusaha untuk meluruskannya (dengan keras)
akibatnya engakau mematahkannya dan kalau engkau biarkan
dapat engkau pergunakan, sedangkan dia tetap bengkok."
Hadis sahih riwayat Muslim