Followers

Tuesday, June 15, 2010

Dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka

Sambungan Hadis berkaitan peristiwa akhir zaman...

Maksud Hadis :
Daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, "Ada 2 golongan yang menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikanbonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."

Keterangan :

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain diatas badan, dan kalau kita katakan bertelanjang pun boleh kerana, walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain saja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun, ia berpakaian dengan pakaian yang sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan menampakkan bentuk tubuh. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti bonggol unta.

Kaedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya. Na'uzubillahi min zalik...