Followers

Thursday, November 24, 2011

Kelebihan Azan dan Yang Melaungkannya

Dipetik daripada, Buku IMAM MUDA Panduan Lengkap Imam, Bilal dan Solat Berjemaah terbitan Inteam Publishing.


Kelebihan Azan dan Yang Melaungkannya

Said Ahmad bin Said Alawi Almaliki didalam kitabnya yang bertajuk شرف الامة المحمدية(kemuliaan umat MUHAMMAD s.a.w.) beliau menerangkan dalam satu bab yang khusus membicarakan tentang kelebihan azan dan muazzin ( tok bilal ) berdasarkan hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh imam-imam yang terkenal . Di sini, penulis yang serba dhaif ini ingin menterjemahkan serba sedikit petikan dari buku tersebut. ?

Antara kemuliaan umat Muhammad saw ialah Allah mengurniakan kelebihan azan. Terdapat banyak hadis yang menyentuh kelebihan azan. Antaranya ialah :

1. Sesiapa yang mendengar azan itu akan menjadi saksi bagi yang melaungkannya.

Sabda rasulullah s.a.w.

لا يسمع مدى صوت المؤذن جن ولا انس ولا شيء الا يشهد له يوم القيامة

رواه البخارى

Maksudnya: Maka sesungguhnya, tidak adalah yang mendengar kelantangan suara muazzin daripada kalangan jin dan manusia atau sesuatu daripada makhluk Allah melainkan mereka yang tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari qiamat kelak.

(Hadis Sahih Bukhari , Bab Azan 574)


2. Kelebihan yang sangat besar

لو يعلم الناس ما فى النداء والصف الاول ثم لم يجدوا الا ان يستهموا لا ستهموا عليه لأستهموا ولويعلمون ما في التهجير لا ستبقوا اليه ولو يعلمون ما في العتمة والصبح لاتوهما ولوحبوا

Maksudnya: Jikalau manusia mengetahui akan kelebihan azan dan saf awal, dan mereka tidak akan mendapat keputusan siapakah yang layak melainkan dengan cara undi, maka mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan yang terdapat dalam bersegera solat nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan pada solat subuh dan isyak nescaya mereka akan mendatanginya walaupun perlu merangkak. (Hadis Sahih Bukhari ; Bab Azan, 580)


3. Diampunkan dosanya sejauh mana suaranya didengari

يد الرحمان فوق راس المؤذن وانه ليغفر له مدى صوته اين بلغ

رواه الطبرنى

Maksudnya : Tangan (keredhaan Allah) yang bersifat Rahman di atas kepala muazzin dan muazzin diberi keampunan sejauh mana suaranya sampai kepada sekelian alam.

Hadis riwayat Thabarani


Maksudnya; Dari Ibnu Umar r.a beliau berkata, Rasulullah saw bersabda : Allah mencurahkan ampunannya kepada para muazzin, sampai di mana suaranya didengari dan setiap yang basah ataupun yang kering yangmendengar suaranya itu akan menjadi saksi baginya.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

4. Beroleh pelepasan dari api neraka

عن عبد الله بن عباس رضى الله عنهما ان النبى( ص) قال من اذن سبعين سنين محتسبا كتب له براءة من النار

الترمزى رواه

Daripada Abdillah bin Abbas berkata ia bahawasanya nabi s.a.w. telah bersabda ia barang siapa melaungkan azan selama tujuh tahun dengan niat mengharapkan pahala daripada Allah, maka ditulis baginya pelepasan daripada api neraka .

(Hadis riwayat tarmizi)

5. Didoakan oleh Rasulullah SAW.

Maksud Hadis; Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, "Seorang imam adalah penjamin dan muazzin adalah orang yang diamanahkan. Ya Allah, berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah orang yang melaungkan azan .( Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)


6. Azan adalah laungan yang sangat ditakuti oleh syaitan

Maksudnya; ان الشيطان اذا سمع الندا بالصلاة ذهب حتى يكون مكان الروحاء

رواه الطبرنى

Maksudnya : Sesungguhnya apabila syaitan mendengar azan untuk sembahyang ia akan lari sehingga ke suatu tempat yang jauh.

Riwayat thabarani

7. Beroleh kemuliaan di hari akhirat

قال رسول الله( ص) المؤذن اطول الناس اعناقا يوم القيامة

رواه مسلم

Maksudnya: Para Muazzin adalah orang yang paling 'panjang lehernya' pada hari qiamat .

Riwayat muslim .

Menurut Ibnu Majah, 'Panjang leher' adalah kinayah yang digunanakan oleh orang arab bagi pemimpin atau ketua yang tinggi kedudukannya.

فعن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما ان رسول الله ( ص) قال ثلاثة على كثبان المسك واراه قال يوم القيامة زاد فى رواية يغبطهم الاولون والاخرون عبد ادى حق الله وحق مواليه ورجل ام قوما وهم به راضون ورجل ينادى بالصلوات الخمس فى كل يوم وليلة . رواه احمد والترمذى

Daripada Abdullah bin umar r.a. bahawasanya Rasulullah telah bersabda, " Tiga golongan yang mendapat kemuliaan pada hari akhirat kelak ialah, mereka yang berada di atas bukit yang dibuat daripada kasturi yang dicemburui oleh golongan awal dan golongan akhir daripada umat rasulullah s.a.w iaitu, pertamanya ialah golongan yang menunaikan hak Allah dan hak majikannya atau ketuanya, keduanya ialah seorang yang mengimamkan suatu qaum dan mereka redha dengannya menjadi imam dan golongan yang ketiganya ialah seorang yang melaungkan azan solat lima waktu pada siang dan malamnya. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tarmizi )


8. Beroleh ganjaran pahala dan kebaikan di hari akhirat

من اذن اثنى عشرة سنة وجبت له الجنة وكتب له بتاءذينه فى كل يوم ستون حسنة ولكل اقامة ثلاثون حسنة- رواه ابن ماجه

Daripada Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa melaungkan azan selama dua belas tahun, maka wajiblah baginya syurga dan setiap hari ditulis enam puluh kebaikan kerana azannya dan tiga puluh kebaikan dari iqamatnya."

(Riwayat ibnu majah)


9. Beroleh ganjaran syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; Allah redha dengan pengembala di puncak bukit yang melaungkan azan untuk bersolat dan kemudian menunaikan solat. Allah berfirman; lihatlah keadaan hambaKu ini yang melaungkan azan dan menunaikan solat dalam keadaan takut kepadaku. Aku telah mengampuni dosa hambaku ini dan akan memasukkannya ke dalam syurga."

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasai'e)


2 comments:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete