Followers

Thursday, March 10, 2011

Berdoa Senjata Mukmin

Doa ialah senjata orang Islam yang paling berkesan. Doa juga adalah ibadah.Orang yang berdoa akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Walaubagaimana pun, seseorang itu tidak boleh bergantung kepada doa semata-mata, tetapi haruslah berusaha dengan gigih. Tanpa usaha, doa yang dipohon tidak mungkin akan dimakbulkan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : "Dan Tuhan kami berfirman: 'Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." (surah al-Mukminun 40:60)

Harus juga diingat bahawa terdapat beberapa golongan yang terhijab doa mereka. Golongan ini terdiri daripada mereka yang menderhakai ibu-bapa, suka menaburkan fitnah, orang mempunyai perasaan hasad dengki sesama umat Islam, suka memecahbelahkan sesama umat Ilam, gemar mengumpat, riak, minum arak, terlibat dengan riba dan orang yang memebenci para sahabat Rasulullah saw.

Waktu-waktu mustajab berdoa

1. Ketika hujan

2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:" Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah : Pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan solat dan ketika turunnya hujan." (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Al-Azkar)

4. Waktu antara azan dan Iqamah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamah."(Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30Juzuk)

8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

10 Kerana mengharapkan bertemu dengan 'ijabah' iaitu saat diperkenankan doa. Yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

11. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Sewaktu berdoa juga, perhatikan beberapa adab seperti berikut. Semoga doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan allah swt..InsyaAllah.

1. Apabila seseorang itu hendak berdoa kepada Allah, hendaklah dia melakukannya dengan sebaik-baik dan bersungguh-sungguh.

2. Pada waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.

3. Menghadap kiblat.

4. Merendahkan suara antara kedengaran atau tidak

5. Cukup dengan kata-kata yang sederhana, sopan dan tepat mengenai hajat yang dipohon. Amat baik jika doa yang dipilih ialah doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

6. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk kepada Allah swt

7. Yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah swt akan memperkenankan doa dan tidak gelisah jika doa tidak diperkenankan.

8. Bertaubat sebelum berdoa

9. Menyebut dan memuji Allah swt.



2 comments:

  1. salam..

    sy suker blog anda..:))

    ReplyDelete
  2. mudah2n saya masuk kedalam kategori orang yg mendapatkan rahmat dan taufiq dari Allah. Terima kasih sudah mengingatkanmudah2n saya masuk kedalam kategori orang yg mendapatkan rahmat dan taufiq dari Allah. Terima kasih sudah mengingatkan

    ReplyDelete