Sujud sahwi artinya sujud kerana lupa. Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja , kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat Abad dengan sengaja tampa lupa adalah disunatkan melakukan sujud sahwi . Maka bolehlah dikatakan dipernamakan sujud sahwi diatas qaedah باب الاكتفا ,atau الاغلبية( kebiasaan pengunaannya )
Banyak hadis yang menerangkan tentang lupa Rasulullah saw didalam solat baginda , hilkmah dilupakan baginda oleh Allah taala untuk menjadi pengajaran dan panduan bagi umat Rasulullah saw
انما انا بشر انسى كما تنسون فاذا نسيت فذكرونى
Artinya : Hanyasanya aku manusia yang lupa seperti kamu , apabila aku lupa mereka mengingatkan aku
Sujud sahwi sunat dilakukan pada solat fardu ataupun solat sunat. Ada empat faktor disunatkan sujud sahwi:
1) Meninggalkan salah satu atau kesemua sunat ab'ad dibawah ini. Sunat Ab'ad ada Tujuh:-
· Tasahud Awal
· Duduk dalam tasahud Awal
· Membaca Qunut (qunut subuh atau witir nisfu ramadhan)
· Berdiri semasa membaca qunut
· Selawat keatas nabi sesudah tasahud awal atau qunut
· Selawat keatas keluarga nabi pada tasyahud akhir dan pada qunut
Demikian juga disunatkan sujud sahwi jika sesorang syak meninggalkan sunat abad diatas
2)Melakukan sesuatu perbuatan yang membatalkan solat, jika dilakukan dengan sengaja tetapi jika dilakukan tanpa sengaja(lupa) tidak membatalkan solat.
Contoh perbuatan tersebut ialah:-
· Bercakap, atau makan dengan sedikit
· Menambah rukun fikli (seperti rukuk atau sujud )
· Menambah rakaat solat
· Memanjangkan rukun yang pendek ( seperti iktidal dan duduk antara dua sujud )
· Mengurangkan rukun fikli
· Mengurangkan rakaat solat
3)Membaca rukun qauli selain takbiratukihram dan salam bukan pada tempatnya samaada dengan sengaja atau terlupa seperti membaca fatihah didalam rukuk atau membaca tasyahud didalam qiam. Demikian juga mereka yang membaca bacaan yang sunat bukan pada tempatnya seperti dibacanya tahiyat awal dalam duduk antara dua sujud atau dibacanya qunut didalam sujud.
Perhatian :-
-Rukun Qauli yang dibaca bukan pada tempatnya seperti fatihah dibaca dalam keadaan rukuk hendaklah dibaca surah fatihah tersebut dalam keadaan qiam juga sebagaimana biasa, jika tidak dibaca dalam keadaan qiam boleh membatalkan solat seseorang
-Bacaan yang sunat contohnya surah , jika ianya dibaca sebelum daripada fatihah atau doa iftitah dibaca sesudah fatihah maka tidak disunatkan sujud sahwi kerana yang disunatkan jika seseorang memindahkan bukan pada tempatnya sedangkan surah yang dibaca dahulu daripada fatihah dan iftitah yang terkemudian daripada fatihah adalah tidak dinamakan memindahkan bukan pada tempatnya
- Bersalahan ulama dalam masaalah menukarkan bacaan tasbih didalam rukuk lantas dibaca didalam sujud adakah dikenakan sujud sahwi ataupun tidak sebahagian ulama kata disunatkan sujud sahwi sebahagian yang lain tidak mensunatkannya
4) Syak pada bilangan rakaat
Contohnya seorang yang solat isyak, pada rakaat yang ketiga datang syak adakah tiga rakaat ataupun sudah cukup empat rakaat ,maka hendaklah ia mengambil yang terlebih kurang berdasarkan hadis nabi saw dibawah ini
اذا شك احدكم فى صلاته فلم يدر اصلى ثلاثا ام اربعا فليطرح الشك وليبن على ما استيقن ثم يسجد سجدتين قبل ان يسلم فان كان صلى خمسا شفعن له صلاته اي ردتها السجدتان وما تضمنتاه من الجلوس بينهما الى الاربع
Artinya : Apabila syak seorang daripada kamu didallam solat , maka tidak diketahuinya adakah ia solat tiga rakaat atau empat rakaat maka hendakah dibuangnya akan syak itu dan diperbuatnya akan barang yang diyakininya(tiga rakaat) kemudian sujud sahwi ia sebelum daripada salam maka jika ada solatnya lima rakaat nescaya dikembalikannya oleh sujud sahwi akan solat itu kepada empat rakaat )Riwayat Muslim)
MASAALAH YANG BERKAITAN DENGAN SUJUD SAHWI :
· Bagi mereka yang meninggalkan tasahud awal samaada ditinggalnya tasahud dalam keadaan lupa atau sengaja apabila ia telah berdiri tegak kepada rakaat yang ketiga , haram lagi batal solatnya jika ia kembali duduk untuk membaca tasahud awal.Demikian juga bagi seseorang yang tidak membaca qunut samaada ia terlupa atau sengaja tidakmembaca qunut apabila ia telah sujud ( dahi mencecah tempat sujud ) maka haram lagi batal solatnya jika ia kembali berdiri untuk membaca qunut
Bagi mereka yang terlupa membaca tasahud awal lantas bangun berdiri jika ia teringat dalam keadaan had hampir kepada qiam lalu ia duduk kembali untuk membaca tasahud maka sebelum salam disunatkan ia melakukan sujud sahwi tetapi jika ia teringat dan kembali duduk pada keadaan had sebelum hampir kepada qiam tidak dibenarkan ia melakukan sujud sahwi, dan jika ia melakukan juga sujud sahwi maka batallah solatnya Demikian halnya bagi yang terlupa membaca qunut lantas ia turun untuk melakukan sujud dan ia teringat pada keadaan qadar sekurang- kurang rukuk( tangan mencecah lutut) maka disunatkan ia melakukan sujud sahwi, adapun jika ia kembali berdiri untukmembaca qunut walhal keadaannya belum lagi sampai had sekurang-kurang rukuk tidak dibenarkan ia melakukan sujud sahwi, jika ia sujud juga maka batallah solatnya
-Jika sekiranya imam meninggalkan tasahud awal wajib makmum meninggalkan tasahud awal mengikut imam berdiri qiam untuk membaca fatihah jika makmum dengan sengaja lagi tahu akan haramnya hukum tidak mengikut imam (yakni imam yang meninggalkan membaca tasahud awal) maka batallah solat makmum tersebut
- Jika imam tidak membaca tasahud awal lantas berdiri tegak maka makmum pun turut berdiri tegak tetapi imam turun pula duduk untuk membaca tasahud awal maka bagi makmum jangan mengikut imam duduk jika makmum mengikut imam duduk semula nescaya batallah solat makmum tersebut .Kerana Imam ini berada pada dua keadaan, samaada sengaja berdirinya imam (hukumnya membatalkan solat Imam tersebut) atau terlupa imam tersebut maka orang lupa tidak perlu diikut. Bagi makmum ada dua pilihan samaada menunggu imam dalam keadaan qiam atau makmum tersebut meniat mufaraqah (keluar daripada mengikuti imam) tetapi niat mufaraqah lebih aula(baik) daripada menunggu imam dalam keadaan qiam.Hukum meninggalkan tasahud awal sebagaimana hadis berikut:-
اذا قام احدكم من الركعتين فلم يستتم قائما فليجلس فاذا استتم قائما فلا يجلس ويسجد السجدتي السهو
-Jika makmum berdiri tidak membaca tasahud awal sedangkan imam duduk membaca tasahud awal maka hukumnya jika makmum berdiri kerana lupa wajib ia duduk kembali jika makmum tidak duduk kembali batallah solat makmum tersebut. Adapun jika makmum berdiri kerana sengaja disunatkan ia kembali duduk mengikut imam atau niat mufarakah(bercerai daripada mengikut imam)
· Jika Imam meninggalkan membaca qunut, makmum juga hendaklah meninggalkan membaca qunut. Namun menurut pendapat syeikh Ibnu Hajar makmum dibenarkan juga membaca qunut asalkan jangan ketinggalan dua rukun fikli(sebelum daripada Imam hendak turun kepada sujud kedua )
Jika imam yang meninggalkan qunut itu berdiri semula untuk membca qunut walhal dahinya telah mencecah tempat sujud maka haram makmum mengikut imam tersebut , makmum diberi dua pilihan samaada niat mufaraqah atau menunggu imam dalam keadaan sujud tetapi niat mufaraqah lebih baik
· Jika imam membaca qunut sedangkan makmum tidak membaca qunut maka pada masaalah ini ada dua jawapan jika makmum sujud tidak membaca qunut kerana lupa wajiblah makmum tersebut bangun qiam untuk membaca qunut dan jika makmum turun sujud sengaja tidak mahu membaca qunut disunatkan bagi makmum tersebut bangun berdiri untuk membaca qunut
· Jika sujud sahwi oleh imam yang suci daripada hadas , samaada sebab sujud sahwi imam itu sebelum daripada makmum mengikut imam lagi(contohnya makmum masbuk) atau semasa makmum mengikut imam hukumnya wajib makmum turut sujud sahwi bersama imam
· Disunatkan juga makmum sujud sahwi sekalipun imam tidak melakukan sujud sahwi sekalipun perkara yang disunatkan sujud sahwi itu berlaku sebelum daripada makmum mengikut imam lagi
· Jika lupa makmum akan perkara yang disunatkan melakukan sujud sahwi pada masa ia mengikut imam yang suci daripada hadas hukumnya tidak dibenarkan ia melakukan sujud sahwi kerana lupa makmum tersebut ditangung oleh imamnya.
· Bagi masalah makmum masbuk jika imamnya melakukan sujud sahwi makmum hendaklah juga melakukan sujud sahwi kerana wajib makmum mutabaah yakni mengikut bagi imam ( selagi imam tidak melakukan perkara yang membatalkan solat) dan setelah salam imam, makmum masbuk menambah rakaat nya yang kurang, sebelum salam disunatkan makmum masbuk itu sekali lagi melakukan sujud sahwi, ini kerana hukum sujud sahwi berada pada akhir solat . Sedangkan sujud makmum semasa mengikut imam tadi, Cuma mutabaahnya denga imam (mengikut imam )
· Sujud sahwi cuma sekali sahaja sekalipun banyak perkara yang dituntut melakukan sujud sahwi contohnya seperti seorang yang lupa membaca tasahud awal dan dalam masa yang sama dia syak pada bilangan rakaatnya maka sekali sahaja sujud sahwinya.
· Mereka yang lupa melakukan sujud sahwi setelah memberi salam , jika sekiranya lupanya dalam masa yang singkat dibenarkan ia melakukan sujud sahwi semula dan memberi salam pada akhirnya tetapi jika lama masa lupanya ( sekira-kira adat ) tidak dibenarkan ia masuk kembali untuk memberi salam
Syarat- syarat mereka yang lupa, lantas memberi salam walhal ingin pula melakukan sujud sahwi :-
1) Sekejap masa disisi adat kebiasaan
2) Tidak perlu niat dan takbiratul ihram yang baru
3) Tidak ada perkara yang membatalkan solat selepas daripada salamnya yang mula- mula
4) Jangan berlaku perkara yang menafikan solatnya seperti , keluar waktu solat jumaat(jika ini berlaku makmum tersebut hendaklah menjadikan solat jumaatnya akan solat zohor),berniat iqamah orang yang solat qasar,atau habis safarnya dengan sebab sampai kepada tempat mukimnya ,melihat air orang yang melakukan solat tayamum tampa air,habis waktu menyapu mauz kemudian daripada salamnya
Cara melakukan sujud sahwi:-
· Dua kali sujud sebagaimana syarat sujud didalam solat. Perlu diketahui sujud sahwi berhajat kepada niat, kecuali makmum tidak memerlukan niat kerana ia mengikut bagi sujud imam
Bacaan dalam sujud sahwi
سبحان من لا ينام ولا يسهو
Artinya : Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
Pendapat mazhab yang lain daripada Syafie mengenai sujud sahwi
· Mazhab Hambali , Hanafi,sebahagian Maliki, Daud Dzohiri, Syeikh Ibnu Taimiyah mengatakan sujud Sahwi adalah wajib berdasarkan tuntutan hadis yang mengunakan lafaz perintah walhal perintah membawa kepada wajib. Demikian juga mereka berhujah Nabi tidak pernah meninggalkan sujud sahwi jika ada berlaku kesilapan dalam solat Baginda.Ini menunjukkkan sujud sahwi adalah wajib
· Didalam mazhab Syafie sujud sahwi hanya satu cara yakni dilaksanakan sebelum daripada salam adapun didalam mazhab yang lain daripada syafie , ada dua cara mereka melaksanakan sujud sahwi :-
1) Sujud Sahwi sebelum daripada salam:-
- Jika berlaku pengurangan , contohnya tertinggal tasahud awal,atau Doa Qunut
- Jika berlaku keraguan, contohnya adakah ia solat tiga ataupun empat rakaat
2) Sujud Sahwi dilakukan selepas daripada salam:-
Apabila adanya berlaku penambahan seperti solat yang empat rakaat menjadi lima rakaat maka dilakukan sujud sahwi selepas daripada salam.
Disusun oleh Al – Faqir ila affi robbi Ustaz Zulkifli B Mat Arof
Kitab rujukan:
sabilal muktadi , Ianah tolibin,
Furuk masail, Fathul wahab, Fiqah Sunnah
Risalah pada sujud sahwi (syeikh Muhammad bin salih Al-utsaimin)
Subulassalam 21/12/2010(15 MUH 1432)
Tuan,
ReplyDeleteSoalan: Jika imam yang sedang memimopin solat isyak berjemaah terlupa samaada dia berada di dalam rekaat ketiga atau keempat, tetapi makmun tahu yang solat itu sudah sampai rekaat keempat, imam terus bangun untuk melakukan rekaat keempat, makmun tidak ikut imam dan terus habiskan rekaat keempat sehingga salam. Menyedari yang dia telah tersalah rekaat, maka imam itu duduk semula walapun dia sudah memulakan bacaan fatiha untuk rekaat keempat. Adakah betul perbuatan imam itu dan adakah sah solatnya?
Apa yang saya belajar sejak dari kecil lagi sehingga sekarang ialah, imam itu, setelah dia memulakan bacaan fatiha untuk rekaat keempat dan lepas itu baru dia mengetahui yang dia sudah terlebih rekaat, dia sepatutnya melansungkan dengan sempurna rekaat itu (yang kelima) dan setelah dia membaca tahyat akhir, sebelum memberi salam, dia buat sujud sahwi. Adakah saya betul?
Wallahu'alam bisawab.
As - Salaam
Hussaini Abdul Karim, Shah Alam, Selangor
Semasa solat isya salah seorang makmum terlupa untuk duduk tasyahhud awal. Beliau terus bangkit serta qiam sambil menunggu Imam menyelesaikan tasyahhud awal. Di akhir solat sebelum salam makmum berkenaan telah melakukan sujud sahwi. Adakah sah atau batal solat berjamaahnya?
ReplyDeletebermnafaat kng.saya ijin copas
ReplyDelete