1. Orang yang baik berkurangan, sedang yang jahat bertambah banyak
Maksud hadis
Daripada Aisyah r.a berkata : Aku mendengar Rasululllah saw bersabda, " Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemaharahan (bagi ibu-bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurangan dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang tercela dan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik. " (Hadis Riwayat Thabrani)
Keterangan :
Di antara tanda-tanda qiamat ialah
1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3.Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
4. Orang yang membuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan sewajarnya.
5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.
6. Orang-orang yang jahat, berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
2. Rasuah berleluasa
Maksud hadis
Daripada Muaz bin Jabal ra berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, " Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun, kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya." (H.R At-Thabrani dan Abu Nuaim)

Keterangan .
Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi pada masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus.
Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.
Wallua'lam.. Bersambung..
No comments:
Post a Comment